Selasa, 6 Januari 2015

Pekasam Utara no.1 (maipekasam)



Pekasam Utara no. 1 : Mai Pekasam





Ingat pekasam, ingat maipekasam

Pekasam talapia terbaik dari UTARA ada di sini. Mai mai mai lekaih....

Kena sekali, Tau Tau Habih berpinggan-pinggan... :)

Dalam arus kemodenan kini, pekasam tetap kekal relevan dan terkenal serata Malaysia dan mula berkembang di peringkat International. JANGAN TERKEJUT. 

Di sini kami ingin berkongsi sedikit tips cara penyediaan pekasam bagi melahirkan rasa sayang kami pada anda pencinta tegar PEKASAM... :)

Cara - cara membuat Pekasam:

Bahan-bahan membuat Pekasam:
1) Ikan - Ikan talapia yang paling famous di utara 
2) Garam - Sekilo ikan = 100 gram garam 
3) Beras - Di sanga dan ditumbuk (Agak2 cukup untuk di gaul )
4) Asam Keping - Sesedap rasa (ada yang tak letak sebab beras pun boleh memasamkan, tapi kalau letak lagi power... :) )

Proses menyediakan Pekasam:
1) Bersihkan ikan dengan sebersih-bersihnya. Untuk mengelakkan ikan dihurungi lalat dan lemau. Kebersihankan sebahagian dari Iman. 
2) Ambil beras yang telah disanga dan tumbuk tadi. Gaul dengan ikan. 
3) Masukkan ke dalam bekas simpanan, bertutup rapat. Setiap lapis susunan, letakkan asam keping (1-2 sahaja)
4) Air garam tadi dimasak dengan api sederhana. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas simpanan. Hingga tenggelam ikan keseluruhannya. 
5) Siap... jangan lupa, pastikan bekas di tutup dengan rapat. 

AIK!!!! Macam dah luntur j semangat nak hidupkan tradisi penyediaan PEKASAM nie... nape? hehehe

Agak leceh? Tak p.... Nak senang, ORDER j dari kami...

Mai....mai....nak jual murah murah j  nie.... 

hanya

  RM 6.00 sepeket 

untuk 2 ekor ikan talapia

*harga tidak termasuk kos pos RM 4.50*


Xtau macam mana nak masak???

JANGAN RISAU!!!Tanggungjawab kami mengajar anda. 

Bahan-bahan masakan:
Sepeket maipekasam
1 biji bawang besar
4 biji cili api

Cara memasak maipekasam:
1) Hiris halus bawang besar. Potong cili api kepada dua. 
2) Goreng ikan maipekasam dengan minyak yang sesuai. JANGAN basuh ikan tau. (buka plastik, masukkan terus dalam kuali je. sekali dengan BERAS. 
3) Apabila ikan hampir masak, masukkan bawang dan cili api. 
4) Angkat semuanya bila sudah garing. 
5) SIAP..... cepat-cepat ambil pingan. 

*masak nasi putih lebih sikit, takut kang tak cukup pulak :)* 
*kalau nasi tak cukup, makan dengan roti gardenia pun sedap (kami selalu buat)*

Jaminan kami:
- kepuasan anda berganda
- kebersihan dan kualiti matlamat utama
- ikan segar dari laut/ kolam > stok kami terus dari nelayan/ pengusaha ikan.
- anda terlibat dalam program memBELI sambil menDERMA kami
 (2% dari setiap belian akan diderma kepada www.amanpalestin.net.)

Macam-mana nak order?
 Sangat mudah. Anda hanya perlu transfer duit terus ke akaun pengasas maipekasam.

Akaun      : Maybank
Nama       : Fairuza binti Mansor
No akaun : 108075065159

Kemudian - Maklumkan kami di 019-4363556 setelah bayaran di buat + alamat penghantaran

Hubungi Kami:

Nama syarikat : Sampadan Jaya Ent.
Alamat ibu pejabat : Lot 98A Kampung Tanjung Luas,
                                  33100 Penghulu, Perak
E-mail: fairuza_mansor@yahoo.com
No. tel: 019-4363556 (msj @ whatsApp)
Waktu operasi: Isnin- Sabtu (7 pagi - 11 malam)
Facebook: maipekasam

Moga urusan perniagaan kita, diberkati Allah hendaknya. 


Anda juga mungkin berminat:

Kasut Baby -  www.kedaibayi.com